Mayat lelaki ditemukan terdampar di pantai


Mayat mangsa ditemukan selepas dua hari dia dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.
Mayat mangsa ditemukan selepas dua hari dia dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di hadapan pantai berhampiran Pulau Jerejak di sini pagi tadi.

Mayat Seah Chee Chang,31, ditemukan kira-kira jam 11.30 pagi sebelum orang awam menghubungi pasukan penyelamat yang sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada malam Sabtu lalu.

Mangsa dikatakan terjatuh kira-kira jam 10.30 malam di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau menuju ke Perai.

Difahamkan mangsa memberhentikan motosikal jenis Honda Ex-5 di tempat kejadian sebelum dia dikatakan terjatuh di tiang nombor 34 jambatan berkenaan.

Operasi turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin.
Operasi turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin.

Beberapa barang peribadi milik mangsa seperti kad pengenalan dan telefon bimbit ditemui di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa terus digerakkan selepas pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan daripada seorang pemancing.

Artikel Berkaitan:

"Operasi turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin dengan melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.

"Selepas dua hari operasi pencarian dilakukan akhirnya mangsa berjaya ditemukan terdampar di pantai Pulau Jerejak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!