Jho Low didakwa bedah wajah

Jho Low
Jho Low
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Low Taek Jho atau Jho Low termasuk mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah membuat pembedahan wajah.

Memetik laporan portal berita, Abdul Hamid memaklumkan antara alasan diberikan pihak berkuasa itu termasuk kononnya Jho Low sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan wajah.

"Saya tidak tahulah tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya,” katanya.

Abdul Hamid mengulas laporan akhbar tempatan Cyprus, Politis, mengenai ahli perniagaan itu di negara terbabit selain didakwa turut memiliki pasport negara kepulauan di Mediterranean itu selepas skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar.

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador

ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low dipercayai miliki pasport Cyprus

Jho Low didakwa mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan, Henley & Partners bagi tujuan itu dipercayai untuk mengelak pergerakannya dikesan pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.

Beliau berkata, pihak berkuasa negara terbabit mendakwa sukar mengesan Jho Low atas alasan sudah mengubah wajahnya.

Artikel Berkaitan:

“Ada ketikanya dia berjalan akan menyerupai seekor tambadau (seladang). Jadi bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya. Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu)," katanya.

Pada Mei lalu, Abdul Hamid memberitahu media, polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu Jho Low yang gagal dikesan sejak 2015.

Dakwaan terbaharu ini muncul hanya beberapa hari setelah tersebar berita tentang laporan bahawa Jho Low ditawarkan suaka di Emiriah Arab bersatu (UAE) dan dikatakan kerap berulang alik di antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, Abdul Hamid memaklumkan dakwaan tersebut tidak logik dan mustahil memandangkan Jho Low dikehendaki di beberapa negara.

Abdul Hamid juga memaklumkan pihaknya akan membawa balik Jho Low yang terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) telah disalahgunakan daripada 1MDB.

Jho Low dituduh sebagai dalang transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat pelaburan negara itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!