Peneroka ditikam jiran meninggal dunia

Zainal Abidin meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).
Zainal Abidin meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).
A
A
A

TEMERLOH - Mangsa tikam seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental di Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini hari ini.

Allahyarham Zainal Abidin Omar, 63, yang juga seorang peneroka meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Anaknya, Siti Noraini Zainal Abidin, 33, berkata, bapanya berada dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada mesin hayat selepas segala organ tidak berfungsi.

"Semua adik-beradik termasuk saya ada bersama ketika detik-detik terakhir arwah ayah.

"Tiada sebarang kata-kata terakhir atau pesanan daripada arwah ayah kecuali ayat terakhir ketika hari kejadian, arwah hanya mengadu sakit," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut anak keenam daripada 14 beradik itu, jenazah bapanya akan dikebumikan di tanah perkuburan Felda Kota Gelanggi 1.

Zainal Abidin antara tiga mangsa yang diserang dan ditikam suspek berusia 32 tahun yang juga jiran keluarga tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam 30 Oktober lalu, Zainal Abidin cedera ditikam beberapa kali di perut manakala anaknya, Mohd Nor Alami Zainal Abidin, 31, serta anak saudaranya, Nor Syashakilla Hasbullah, 20, cedera di tangan selepas diserang lelaki itu yang dipercayai mengalami halusinasi dan gangguan mental di rumah mereka di Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga cedera ditetak jiran, seorang dilapor parah

Tiga sekeluarga ditetak jiran: 'Kami tak tahu dia ada masalah mental'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!