Lelaki murung kelar diri sendiri

No Image Caption
A
A
A

BATU GAJAH - Seorang lelaki yang mengalami kemurungan bertindak mengelar pergelangan kedua-dua tangan dan kakinya dalam kejadian di Pusing di sini hari ini.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota bomba yang memaklumkan keadaan mangsa berusia 46 tahun itu yang cuba mencederakan dirinya sendiri.

“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Batu Gajah dan keadaannya didapati dalam keadaan stabil.

“Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan luka dalam di pergelangan tangan kiri dan kanan, luka pergelangan kaki kiri dan kanan serta dahi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mencederakan dirinya dengan menggunakan botol kaca.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami kemurungan sejak 16 tahun lalu dan menjadi serius pada 2018 selepas kematian bapanya.

“Mangsa juga sering menyendiri dan tidak bercampur dengan keluarga. Dia baru menerima rawatan dua hari lepas dan kini di bawah pemantauan dan rawatan pihak hospital,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!