Hamas dakwa tembak jatuh dron Israel
GAZA CITY - Pergerakan Hamas mendakwa telah menembak jatuh sebuah dron Israel di utara Semenanjung Gaza semalam.
Hamas dalam satu kenyataan berkata, dron itu ditembak jatuh ketika ia terbang berhampiran Khan Yunis.
Ketegangan di Semenanjung Gaza memuncak pada Jumaat lalu apabila serangan udara rejim Zionis di Khan Yunis dan beberapa kawasan berhampiran meragut nyawa seorang pemuda Palestin dan mencederakan dua mangsa lain.
Tentera Israel dalam kenyataannya berkata, serangan itu sebagai tindak balas terhadap pelancaran 10 roket dari Gasza ke wilayah diduduki.
Serangan udara ke atas Gaza oleh tentera Israel kerap berlaku di mana kebanyakan mangsa adalah orang awam. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!