Budak maut alahan bau ikan dimasak
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari New York meninggal dunia Selasa lalu dipercayai akibat alahan terhadap bau ikan yang sedang dimasak.
Cameron Jean-Pierre tiba di rumah neneknya di Brooklyn, ketika wanita itu sedang memasak ikan kod.
Ibu bapa Jean-Pierre berkata, anak mereka yang menghidap asma dan mempunyai alahan makanan laut dikatakan sesak nafas apabila terbau masakan neneknya.
"Panggilan kecemasan terpaksa dibuat apabila anak saya tidak sedarkan diri," kata bapa kanak-kanak tersebut, Steven Jean-Pierre sambil menambah anaknya disahkan meninggal dunia di hospital.
Menurut seorang pakar alahan dan asma, Dr Adela Taylor dari Klinik Mayo di Wisconsin, adalah tidak mustahil mengalami alahan terhadap wap atau asap yang dihasilkan ketika memasak makanan laut, terutama dalam tempat tertutup.
Sementara itu seorang profesor pediatrik di Hospital Mount Sinai berkata, jenis alahan yang dihidapi mangsa sangat jarang berlaku. - CNA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!