Barista sindrom down jadi sensasi di Thailand

Jin mula bekerja di Panya Cafe sejak Mei tahun lalu. - Foto: Agensi
Jin mula bekerja di Panya Cafe sejak Mei tahun lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

BANGKOK - Ibu Jin pernah bermimpi untuk memiliki sebuah kafe sebelum dia meninggal dunia akibat kanser dua tahun lalu.

Jika dia masih hidup, wanita itu pasti berbangga apabila melihat anak lelakinya seorang penghidap sindrom down sedang melaksanakan impiannya.

Nama Thakolrat ‘Jin’ Prongsuwan baru-baru ini menjadi tular selepas kisahnya dikongsi di media sosial di Thailand.

Populariti Jin semakin meningkat apabila dia berjaya mengubah sebuah kafe kosong di Petchburi Road menjadi tempat yang sesak dengan pelanggan yang ingin mendapatkan minuman kegemaran mereka selain mahu bergambar dengan jejaka berusia 28 tahun itu.

Tangannya lincah menyediakan pelbagai minuman antaranya espresso, cappuccino, latte dan mocha ais.

"Saya membuat kopi sehingga jam 4.30 petang. Saya suka minum espresso dan cappuccino dengan ais," katanya.

Jin mendapat kerja di Panya Cafe ketika ia dibuka Mei tahun lalu. Dia bekerja membuat kopi dan teh bersama rakan sekerja lain yang mengalami autisme dari Isnin hingga Jumaat.

Perniagaan tersebut dikendalikan yayasan bukan keuntungan untuk Kebajikan Orang Kurang Upaya, sebuah organisasi peneraju di Thailand yang menyokong kira-kira 500 orang dengan kecacatan intelektual untuk menjalani kehidupan sempurna dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Jin menghafal lebih 10 resipi untuk minuman berbeza. - Foto Agensi
Jin menghafal lebih 10 resipi untuk minuman berbeza. - Foto Agensi

Jin mula menyertai yayasan itu ketika berusia 7 tahun. Seperti kebanyakan kanak-kanak sindrom down lain, perkembangan fizikal dan intelektualnya terbantut.

Pengerusi yayasan berkenaan, Cherd Theerakiatikun berkata, OKU intelektual masih menjadi mangsa stigma masyarakat di negara itu.

"Meskipun sekarang mereka lebih diterima berbanding dahulu namun mereka masih memerlukan sokongan daripada masyarakat. Masalah terbesar adalah 90 peratus tidak bekerja.

"Tanpa kerja mereka menjadi beban kepada keluarga," katanya.

OKU intelektual adalah individu yang mempunyai skor IQ lebih rendah daripada 70 dan tidak mempunyai kemahiran untuk menjalankan aktiviti seharian seperti komunikasi, penjagaan diri, hala tuju diri, kesihatan dan keselamatan.

Menurut Nutchanun Pruekpaibool dari yayasan sama, skor IQ Jin hampir 70 dan otaknya seperti budak berusia 10 tahun. Bagaimanapun, kemampuan fizikalnya melebihi kanak-kanak.

"Jim boleh membantu diri sendiri melakukan banyak aktiviti harian tetapi dia masih tidak boleh ke mana-mana sendiri," katanya.

Pendidikan dan latihan vokasional selama beberapa tahun di yayasan itu banyak membantu Jim mengembangkan potensinya untuk bekerja dan memperoleh pendapatan tetap.

Dia juga telah menghafal lebih 10 resipi untuk minuman berbeza di Panya Cafe dan dibayar AS$300 (RM1,245) sebulan. - Agensi

Pendidikan dan latihan vokasional selama beberapa tahun banyak membantu Jim mengembangkan potensinya untuk bekerja dan memperoleh pendapatan tetap. - Foto Agensi
Pendidikan dan latihan vokasional selama beberapa tahun banyak membantu Jim mengembangkan potensinya untuk bekerja dan memperoleh pendapatan tetap. - Foto Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!