[VIDEO] Kereta licik lolos bayar tol
SHAH ALAM - Satu rakaman video memaparkan sebuah kereta licik meloloskan diri daripada membayar tol ketika melalui sebuah plaza tol semalam.
Menerusi rakaman video berdurasi 35 saat dimuat naik di Facebook We are Malaysian itu mendapati kereta berkenaan dilihat memasuki lorong Touch 'n Go sebelum menghimpit ke kiri untuk mencuba nasib melepasi palang tol.
Tindakan pemandu kereta terbabit berjaya mengelak daripada membayar tol berikutan saiz kenderaan yang kecil sebelum memecut kereta dipandunya.
Bagaimanapun aksi itu berjaya dirakam oleh sebuah kereta yang berada di belakangnya menggunakankamera papan pemuka (dashcam) kira-kira 10.06 pagi semalam.
Menerusi rakaman tersebut, segelintir netizen jelas tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu berkenaan.
"Kamera litar tertutup (CCTV) ada, nanti kena tangkap lah tu, derma saman RM300... Hahahaha," tulis Irwan.
Kata Chan, "Bukan di situ ada perakam. Jika ko (kamu) lari dari membayar, ko (kamu) fikir sendiri hebat tapi kereta tetap akan dapat samannya. Ramai orang terlalu cerdik kat negara kita ni," katanya turut berang dengan perangai pemandu kereta tersebut.
Perkongsian video itu kini meraih lebih 38,000 tontonan daripada warganet.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!