Restoran hotel saji daging babi
IPOH - Sijil halal sebuah restoran hotel, di sini ditarik balik selepas premis tersebut menyediakan menu berasaskan daging babi.
Dalam Ops Bersepadu Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Taiping semalam, turut menemui bahan berupa daging babi di restoran tersebut.
Hotel tersebut telah melanggar Perkara 4.8 (xv) Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014.
Disebabkan itu, pengiktirafan Sijil Halal yang diterima restoran hotel tersebut ditarik balik serta merta untuk tindakan lanjut.
Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menasihatkan pemegang sijil halal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Kita nak bagi peringatan kepada mana-mana pengusaha supaya mematuhi arahan yang ditetapkan.
"Begitu juga pengguna kena pastikan premis tersebut ada sijil halal yang sah," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!