McTominay ada karakter kapten United

McTominay antara tonggak muda United yang menyerlah musim ini.
McTominay antara tonggak muda United yang menyerlah musim ini.
A
A
A

PEMAIN muda meningkat naik, Scott McTominay boleh dianggap sebagai jeneral baharu Manchester United atas prestasinya dalam tempoh tiga bulan pertama musim ini.

Pemain berusia 22 tahun itu tampil cemerlang apabila membantu United meraih kemenangan 2-1 ke atas Chelsea pada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) di Stamford Bridge awal pagi Khamis lalu.

Kejayaan itu menyaksikan United meraih kemenangan ketiga berturut-turut di gelanggang lawan, sekali gus meredakan sedikit tekanan yang dipikul pengendalinya, Ole Gunnar Solskjaer.

Melihatkan prestasi semasanya itu, nama McTominay mula menjadi sebutan peminat dan penyokong United yang cukup mendambakan kebangkitan The Red Devils ketika ini.

Ditanya tentang peluang McTominay untuk dipilih sebagai kapten United, Solskjaer berkata, pemain tengah itu mempunyai prospek yang cerah menyarung lilitan lengan suatu hari nanti.

“Apa yang saya lihat, Scott telah menjalankan tugasnya dengan baik setakat ini. Dia dan Fred berjaya membentuk gandingan yang baik di barisan tengah pasukan.

“Mereka telah melakukan tugas dengan baik ketika kami berdepan Paris Saint-Germain (PSG), Arsenal dan beberapa perlawanan lain ketika kami berdepan krisis kecederaan pemain utama musim lalu.

“Ketika ini, mereka adalah gandingan utama kami. Dia seorang pemimpin dan dia sememangnya mempunyai karaker sebagai kapten Manchester United,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!