El Salvador usir Duta Venezuela
SAN SALVADOR - El Salvador bertindak mengusir Duta Venezuela sebagai mencabar pentadbiran Presiden Nicolas Maduro.
Presiden Nayib Bukele berkata, pihaknya memberikan tempoh 48 jam buat 'pasukan diplomatik Nicolas Maduro' meninggalkan negara itu.
El Salvador salah sebuah daripada 50 negara yang tidak mengiktiraf kerajaan Maduro.
Amerika Syarikat adalah negara pertama yang mengiktiraf Juan Guaido ketika Dewan Negara mengumumkan beliau sebagai Presiden sementara pada 23 Januari lalu, sementara pihak antarabangsa terus memberi tekanan kepada Maduro agar meletak jawatan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!