Ustaz Azhar Idrus cedera terjatuh ketika berbasikal

Gambar Ustaz Azhar Idrus terjatuh dari basikal yang tular di laman sosial.
Gambar Ustaz Azhar Idrus terjatuh dari basikal yang tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan cedera selepas terlibat kemalangan ketika berbasikal petang tadi.

Difahamkan, Azhar terjatuh ketika beriadah di Kuala Terengganu dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.

Berita beliau terjatuh basikal itu kini tular di laman sosial dengan rata-rata netizen mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan penceramah tersohor tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penceramah itu dimasukkan ke HSNZ kerana terlibat dengan kemalangan.

"Saya difahamkan beliau terjatuh dari basikal. Beliau cedera ringan di muka, tangan dan kini dirawat di HSNZ," katanya.

Berikutan kemalangan itu, Ustaz Azhar menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya.

Penangguhan itu diumumkan dalam Facebook rasmi beliau.

"Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Artikel Berkaitan:

"Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!