Tun M nasihat calon SPM tenang hadapi peperiksaan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) supaya sentiasa tenang menghadapi cabaran peperiksaan.
Menerusi video yang dikongsi di Facebook rasmi beliau, Dr Mahathir berkata, berharap semua pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM supaya menghadapi cabaran dengan tenang serta membuat persediaan cukup untuk mendapat keputusan yang sebaik mungkin.
“Untuk peperiksaan, kita perlu ulang balik segala yang kita dapat sepanjang tahun dan ulang berkali-kali bermakna kita tidak akan lupa tentang isi kandungan jawapan yang diperlukan.
“Saya berdoa semua penuntut akan lulus dengan baik dan saya harap mereka akan gembira selepas peperiksaan diumumkan (tamat),” kata Dr Mahathir.
Peperiksaan SPM fasa dua akan berlangsung bermula hari ini, hingga 28 November sementara peperiksaan STPM berlangsung semalam sehingga 13 November depan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!