Kerajaan mohon maaf lewat bayar bantuan Persekutuan

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melancarkan Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Tentang Inklusi Halal di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melancarkan Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Tentang Inklusi Halal di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kerajaan memohon maaf kepada penerima bantuan kebajikan berikutan kelewatan pembayaran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, terdapat masalah teknikal melibatkan isu prosedur untuk menurunkan peruntukan kepada agensi-agensi.

"Dari pihak kementerian, saya mohon maaf," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Tentang Inklusi Halal di sini hari ini.

Bagaimanapun Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menegaskan, pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya sebelum Ahad ini.

"Sudah ada (peruntukan), cuma untuk kreditkan ke akaun-akaun penerima," katanya ketika diminta mengulas mengenai kelewatan pembayaran tersebut.

Seramai 484,282 penerima kebajikan Persekutuan terjejas akibat kelewatan itu.

Terdahulu Wan Azizah dalam ucapannya berkata, pembiayaan yang lebih baik terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan merancakkan industri Halal.

"Dengan pembiayaan yang lebih baik, saya percaya lebih banyak lagi pemain industri akan memperluas produk Halal mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!