Mourinho minat latih Bayern

Mourinho
Mourinho
A
A
A

BEKAS pengendali Manchester United, Jose Mourinho semakin hangat dikaitkan untuk menjadi jurulatih kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Malah, bekas pemain United dan Bayern, Bastian Schweinsteiger mendedahkan Mourinho sebenarnya telah lama berhasrat melatih juara Bundesliga itu.

"Saya masih ingat dia sentiasa bertanya mengenai Bayern dan Bundesliga. Ketika kami menentang pasukan lawan di Jerman, Mourinho sentiasa menonton perlawanan Bundesliga di televisyen.

"Dia mengenali setiap pemain termasuk yang berada dalam pasukan kecil. Dia juga mempelajari bahasa Jerman dan saya percaya dia mampu memberikan komitmen kepada Bayern jika menjadi jurulatih di sana," katanya.

Bayern telah menyingkirkan Niko Kovac selepas tewas 1-5 kepada Eintracht Frankfurt sekali gus jatuh ke ke tangga keempat Bundesliga.

Mourinho yang dipecat United pada Disember tahun lalu dikatakan menjadi calon utama bagi menggantikan Kovac di kelab itu.

Dalam pada itu, Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness menegaskan kelab itu tidak akan terburu-buru mengumumkan pengganti Kovac dengan penolong jurulatih Hans Flick akan mengambil alih tanggungjawab tersebut buat sementara waktu.

"Sekarang ini belum begitu penting untuk mengumumkan pengganti kerana kita mempunyai tiga minggu untuk menilai calon terbaik. Kami tidak mahu terburu-buru dan ia demi kebaikan kelab," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!