Saya tak berniat rebut posisi Cavani: Icardi

Icardi tidak berhasrat merebut posisi Cavani sebaliknya mahu mewujudkan gandingan mantap dengan pemain Uruguay itu.
Icardi tidak berhasrat merebut posisi Cavani sebaliknya mahu mewujudkan gandingan mantap dengan pemain Uruguay itu.
A
A
A

KETAJAMAN Mauro Icardi di hadapan gawang lawan menjadikan pemain penyerang itu disebut-sebut untuk merebut posisi Edinson Cavani.

Namun, Icardi menafikan dakwaan itu kerana dia mahu bergandingan dengan penyerang prolifik dari Uruguay itu.

"Cavani adalah pemain yang luar biasa dan telah mencipta sejarah bersama kelab (Paris Saint-Germain) dan dia banyak melakukan sesuatu yang menakjubkan bersama pasukan.

"Saya sudah mengenal Cavani sejak kami bermain di Liga Itali lagi... dia adalah penyerang yang hebat dan sudah tentu saya mahu bergandingan dengannya untuk memastikan kemenangan pasukan," katanya.

Tambah pemain berasal dari Argentina itu, keputusan sama ada siapa yang akan bermain adalah bergantung kepada jurulatih.

Katanya, dia dan Cavani sentiasa bersedia dan bekerja keras untuk kebaikan pasukan.

"Ya... itulah yang saya katakan kepada diri kami tidak kira di dalam atau pun luar padang. Kami sentiasa bekerja kuat untuk pastikan PSG lebih baik musim ini, saya dan Cavani boleh bermain bersama sekiranya jurulatih memutuskan perkara itu," katanya.

Icardi telah dipinjamkan dari Inter Milan ke PSG pada jendela perpindahan musim panas. Sebagai rekod, pemain berusia 26 tahun itu telah mencetak tujuh gol dan satu bantuan gol bersama PSG.

Artikel Berkaitan:

Awal pagi Khamis, PSG akan menerima kunjungan Club Brugge dalam saingan Liga Juara-Juara bagi perlawanan keempat. PSG kini mendahului kumpulan A dengan sembilan mata mengatasi Real Madrid di kedudukan kedua yang hanya mengumpul empat mata setakat ini.

PSG yang dibimbing Thomas Tuchel dengan formasi 4-3-3 pastinya akan menurunkan kekuatan penuh mereka termasuk penyerang sensasi Kylian Mbappe untuk terus melebarkan kedudukan bagi memastikan tempat ke peringkat seterusnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!