Remaja maut kejutan elektrik, kabel pengecas telefon koyak

Kabel pengecas telefon bimbit koyak. Gambar kecil: Nong
Kabel pengecas telefon bimbit koyak. Gambar kecil: Nong
A
A
A

CHAIYAPHUM - Seorang remaja perempuan maut akibat renjatan elektrik apabila kabel koyak digunakan untuk mengecas telefon menyentuh kaki katilnya yang diperbuat daripada besi.

Nong Ying, 17, sedang menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang dicas dengan menggunakan kabel tersebut yang hanya dibalut dengan pita pelekat kerana pembalutnya telah terkoyak.

Kabel itu dikatakan menyentuh bingkai katilnya, dan meragut nyawa remaja itu di kediamannya di Chaiyaphum, timur laut Thailand pada Jumaat lalu.

Ibu Nong, Boonpeng Tuponchai, 47, pulang ke rumah dan mendapati anaknya itu masih berbaring di bilik tidur.

Telefon pintar milik Nong.
Telefon pintar milik Nong.

"Saya fikirkan anak saya sedang tidur dan cuba mengejutkannya, namun mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh badannya," katanya.

Boonpeng kemudiannya menutup suis utama, namun anaknya telah meninggal dunia.

Pemeriksaan mendapati, tangan kirinya terbakar dipercayai berpunca daripada kabel tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurut Pegawai Penyiasat, Kapten Khanti Peansoongnern, kejadian berpunca daripada kabel terbabit yang menyebabkan kejutan elektrik.

Katanya, arus elektrik yang dialirkan kabel itu membunuh remaja berkenaan apabila ia menyentuh kaki katil digunakan mangsa. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!