Misteri 'bunyi pelik' dalam stor terungkai

APM menangkap ular tedung menggunakan peralatan khas di stor sebuah rumah di Kampung Bukit Cherakah semalam.
APM menangkap ular tedung menggunakan peralatan khas di stor sebuah rumah di Kampung Bukit Cherakah semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Misteri bunyi pelik di stor sebuah rumah di Kampung Bukit Cherakah di sini membawa kepada penemuan seekor ular tedung tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, reptilia seberat 400 gram itu ditemui salah seorang penghuni rumah berkenaan sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pasukan APM Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes berkenaan pada jam 12.24 tengah hari.

"Seramai seorang pegawai dan tiga anggota bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada jam 1.09 petang," katanya.

Suzaini berkata, sejurus tiba, pihaknya melakukan pemeriksaan dan menemui ular tedung sepanjang 90 sentimeter itu melingkar di tempat simpanan barang di dalam stor terbabit.

"Kami terpaksa mengalihkan barangan di dalam stor sehinggalah berjaya mengeluarkan ular menggunakan peralatan khas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!