Lelaki rekod perbualan anak PM Israel didenda

Yair Netanyahu
Yair Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV - Gara-gara merekodkan kenyataan memalukan melibatkan anak Perdana Menteri Israel, Yair Netanyahu seorang lelaki diarah membayar ganti rugi malah dituntut memohon maaf kepadanya.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menyelesaikan kes itu di Mahkamah Majistret Tel Aviv, Roi Rozen yang juga bekas pemandu Yair, 28, bersetuju untuk membayar 30,000 Shekel (RM35,437) kepada anak lelaki Benjamin Netanyahu tersebut dalam tempoh 21 hari.

Menerusi rakaman audio yang diambil pada 2015 di hadapan kelab tarian bogel di Tel Aviv, Yair dalam keadaan mabuk memberitahu anak lelaki pemilik loji gas di luar pantai Israel, Kobi Maimon, 'bapa saya memberi keuntungan AS$20 bilion (RM83 bilion) kepada bapa anda,'.

Ia merujuk kepada perjanjian gas asli ditandatangani Netanyahu walaupun berdepan bantahan pihak berkuasa Israel.

Dia juga menawarkan khidmat seks dengan seorang wanita untuk ditukar dengan wang.

Bagaimanapun Yair mendakwa dia hanya 'merepek' kerana berada di bawah pengaruh alkohol.

"Kenyataan itu tidak mencerminkan siapa saya, nilai dan kepercayaan saya," lapor Ynet News memetik kenyataannya.

Difahamkan, merakamkan perbualan dua individu tanpa pengetahuan mereka adalah menyalahi undang-undang negara itu.

Artikel Berkaitan:

Perbualan antara Yair dan rakannya itu yang turut disiarkan Channel 2 News pada Januari 2018 - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!