Langgar hak paten, LG saman Hisense
SEOUL - Pengeluar kelengkapan elektronik Korea Selatan, LG Electronics Inc, hari ini memfailkan saman pelanggaran paten terhadap syarikat Hisense dari China, lapor agensi berita Yonhap.
LG berkata, saman itu difailkan terhadap Hisense di China dan cawangannya di Amerika Syarikat, di sebuah mahkamah daerah di California.
Pembuat televisyen nombor dua dunia itu mendakwa, kebanyakan televisyen keluaran syarikat itu yang dijual di AS melanggar hak patennya.
Hisense merupakan pengeluar televisyen keempat terbesar dunia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!