KPDNHEP pantau harga straw biodegradasi
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan pemantauan khusus terhadap harga straw biodegradasi apabila larangan penggunaan straw plastik dikuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Januari 2020.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata berdasarkan maklum balas daripada pengguna yang diperoleh melalui sistem aduan KPDNHEP, harga straw itu masih terkawal dan tiada aduan khusus berhubung kenaikan harga bahan itu.
"Mungkin penggunaannya masih di peringkat awal dan belum meluas... pun begitu, kami jangka kenaikan harga akan berlaku apabila ia dikuatkuasa sepenuhnya dan kami bersedia menghadapi keadaan itu termasuk melakukan pemantauan," katanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa bermula 1 Jan tahun ini, semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilarang menggunakan straw minuman plastik bagi mengurangkan pencemaran berasaskan plastik serta memulihara alam sekitar.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!