Bekerja empat hari lebih produktif

Kajian Microsoft Jepun mendapati kerja selama empat hari dan pelaksanaan pembaharuan lain merangsang jualan dan mengurangkan kos.
Kajian Microsoft Jepun mendapati kerja selama empat hari dan pelaksanaan pembaharuan lain merangsang jualan dan mengurangkan kos.
A
A
A

JEPUN - Microsoft Jepun menguji idea radikal dengan melaksanakan empat hari bekerja dalam seminggu pada Ogos lalu.

Terbukti, ianya meningkatkan jualan dan mengurangkan kos.

Unit Jepun bagi gergasi IT Amerika Syarikat itu menutup pejabat setiap hari Jumaat pada bulan Ogos, dengan memberi 2,300 pekerja sepenuh masa cuti istimewa.

Ia juga menghadkan mesyuarat sehingga maksimum 30 minit dan menggalakkan sembang dalam talian sebagai alternatif kepada komunikasi dua muka.

Bilangan peserta dalam mesyuarat juga terhad kepada lima orang dan pekerja juga digalakkan untuk menggunakan komunikasi dalam talian dan bukannya e-mel.

Hasilnya adalah positif, dengan jualan bagi setiap pekerja meningkat hampir 40 peratus pada bulan Ogos dari tahun sebelumnya selain penggunaan elektrik turun seperempat dan penggunaan kertas dipotong separuh.

Firma itu dilaporkan berkata, percubaan ini menunjukkan pekerja ingin mempunyai pelbagai cara bekerja dan mengamalkan model yang lebih luas dapat meningkatkan kecekapan.

Justeru, firma itu merancang untuk melancarkan program yang sama musim sejuk ini, tetapi tidak akan menawarkan cuti khas.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya, pekerja akan digalakkan untuk menggunakan hari libur mereka yang sedia ada, katanya.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada percubaan untuk menangani isu karoshi iaitu kematian akibat kerja keras serta menggalakkan pasangan yang terbeban dengan kerja memiliki cahaya mata di negara yang bergelut dengan populasi yang semakin mengecil. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!