Pengarah urusan nyaris dibom tiga lelaki bersenjata pisau

Polis turut merampas sebotol cecair disyaki petrol, silinder kertas disyaki berisi simen berserta wayar, besi diubah suai menjadi suiz, bateri dipercayai milik suspek.
Polis turut merampas sebotol cecair disyaki petrol, silinder kertas disyaki berisi simen berserta wayar, besi diubah suai menjadi suiz, bateri dipercayai milik suspek.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang pengarah urusan sebuah hotel di sini nyaris dibunuh tiga lelaki bersenjatakan pisau di sebuah rumah di Taman Permai 2, Bukit Gambir petang semalam.

Dalam kejadian jam 7 petang itu mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan baru pulang ke rumahnya dan ketika membuka pintu mangsa ternampak tiga lelaki memanjat pagar rumah jiran untuk masuk ke kawasan rumahnya.

Difahamkan salah seorang suspek kemudiannya mengacukan pisau ke arah perut mangsa sebelum menyatakan yang mereka hanya mahu wang milik mereka dikembalikan.

Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa masuk ke dalam rumah sebelum mereka sekali lagi mengulangi desakan supaya mangsa memulangkan semula wang mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, tindakan tiga lelaki berkenaan yang dipercayai warga China ada kaitan dengan skim pelaburan yang diusahakan keluarga mangsa.

"Tiga suspek itu memberitahu ayah mangsa menipu ramai pelabur sebelum mangsa mencari bapanya kerana dia tiada kena mengena dalam syarikat pelaburan terbabit.

"Mangsa menafikan yang dia bertanggungjawab menjaga wang pelaburan milik bapanya namun ketiga-tiga suspek terus mendesak supaya dikembalikan semula wang mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, suspek turut mengugut mahu mengancam isteri dan ahli keluarganya yang lain selain memberitahu kononnya mereka tahu latar belakang dan di mana kediaman isteri, ibu bapa serta datuk mangsa yang terletak di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

"Suspek terus bertegas mahukan wang mereka semula dan seorang daripadanya meminta telefon bimbit mangsa untuk mengakses aplikasi pelaburan tersebut namun gagal.

"Mereka juga mengarahkan mangsa membeli wang elektronik, bitcoin namun akaun tersebut tidak dapat diaktifkan sebelum memaksa lelaki itu memindahkan semua wang dalam ke dalam akaun suspek.

"Mangsa memberitahu kadar transaksi terhad hanya RM10,000 dan dia perlu ke kaunter bank untuk membuat pengeluaran," katanya.

Anggota Unit Pemusnah Bom membuat pemeriksaan di lokasi kejadian.
Anggota Unit Pemusnah Bom membuat pemeriksaan di lokasi kejadian.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa menghubungi ayahnya untuk meminta wang pelaburan mereka dikembalikan semula namun panggilan tersebut tidak dijawab.

"Mangsa mencadangkan supaya menghubungi pemandu kepada ibunya untuk mengelak daripada terus didesak memindahkan wang dan dia turut memberitahu pemandu tersebut boleh mencari ayahnya.

"Semasa suspek sedang bercakap telefon dengan pemandu tersebut mangsa menjerit meminta tolong dan membantunya sebelum lelaki itu terus bergegas ke rumah berkenaan untuk menyelamatkan anak majikannya," katanya.

Che Zaimani berkata, tiga lelaki itu yang terkejut dengan kehadiran pemandu berkenaan bertindak melarikan diri dari rumah itu dengan membawa sebuah beg namun mangsa dan pemandu tersebut cuba menghalang sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

"Mereka berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia warna biru namun beg tertinggal dan dipercayai mereka juga meletakkan dua bom jenis dynamite di belakang pintu masuk rumah mangsa.

"Unit Pemusnah Bom Kontijen Polis Pulau Pinang diarahkan ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat dua objek berkenaan seperti IED jenis dynamite namun dipercayai bom palsu buatan sendiri," katanya.

Menurutnya, polis menggunakan alat robotik untuk mengeluarkan objek berkenaan sebelum ia dimusnahkan di kawasan berhampiran.

Dalam pada itu pemeriksaan polis di lokasi kejadian merampas pelbagai barangan milik tiga suspek berkenaan antaranya sebotol cecair disyaki petrol, silinder kertas disyaki berisi simen berserta wayar, besi diubah suai menjadi suiz, bateri, simen, pisau dan pakaian.

"Rumah mangsa dilengkapi kamera litar tertutup dan merakam kejadian berkenaan polis kini sedang giat mengesan tiga lelaki dipercayai warga China itu.

"Kes kini disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!