Tanah runtuh di Ipoh: Tiga keluarga terima rumah baharu

Abdul Yunus
Abdul Yunus
A
A
A

IPOH - Tiga rumah penduduk yang ranap dalam runtuhan tanah di Kampung Teras Ijok, 25 Oktober lalu akan dibina semula di tapak baharu di bawah Yayasan Perak.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, Pejabat Tanah dan Daerah Selama telah mengenal pasti dua tapak baharu di kawasan berdekatan bagi tujuan berkenaan.

"Dua tapak yang dikenal pasti itu sama ada di RPT Kampung Teras atau RPT Redang Panjang. Proses membina semula rumah perlu dilakukan di tapak lain selepas kawasan itu didapati tidak lagi selamat untuk didiami," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh dua minggu ini terdapat sembilan lagi rumah berhampiran kawasan runtuhan telah diarah dikosongkan sementara.

Katanya, tempoh pengosongan itu mungkin mengambil masa antara dua ke tiga minggu sementara menunggu laporan penuh keselamatan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

"Taklimat JKR dan polis kepada semua 12 ketua penghuni rumah ini diadakan dari semasa ke semasa.

"Buat masa sekarang, penghuni-penghuni ini tinggal menumpang di rumah ahli keluarga," katanya.

Runtuhan tanah yang berlaku sekitar jam 6.25 petang itu telah mengakibatkan tiga rumah tertimbus seorang penduduk disahkan meninggal dunia sementara dua wanita dilaporkan cedera.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu berpunca daripada tanah runtuh di Seksyen 16.4 Jalan Rantau Panjang-Lata Tinggi menyebabkan pergerakan tanah berlaku sepanjang 200 meter ke penempatan penduduk.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!