Agong terima kunjungan hormat TPM Qatar
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Qatar merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani di Istana Negara hari ini.
Sheikh Mohammed tiba di Istana Negara pada pukul 2.55 petang dan dibawa masuk ke dewan menghadap iaitu Dewan Sri Setia untuk pertemuan khas yang berlangsung selama 15 minit.
Timbalan Perdana Menteri Qatar berada di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari ke negara ini.
Turut hadir, Duta Qatar ke Malaysia, Fahad bin Mohamed Y Kafoud dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!