132 projek perkilangan diluluskan di Selangor

Amirudin - Foto fail
Amirudin - Foto fail
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 132 projek perkilangan diluluskan di Selangor dalam tempoh Januari sehingga Jun tahun ini, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Beliau berkata, kesemua projek itu membabitkan nilai pelaburan berjumlah RM5. 97 bilion yang berjaya mewujudkan sebanyak 6,628 peluang pekerjaan.

"... dan kita lihat prestasi ekonomi ini adalah hasil kejayaan program Smart Selangor yang menekankan lima teras yang merangkumi aspek kualiti hidup, persekitaran, pembangunan ekonomi, tenaga buruh dan fiskal negeri," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Hilman Idham (PKR-Gombak Setia) berhubung prestasi ekonomi dan langkah untuk menjana pertumbuhan ekonomi Selangor.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, kerajaan Selangor akan memberi tumpuan kepada industri utama yang bernilai tinggi termasuk dalam sektor elektronik, pengangkutan dan makanan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan pada masa hadapan.

"Kerajaan Selangor juga akan terus mempelbagaikan kaedah serta merangka pendekatan yang lebih strategik untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!