Calon BN didakwa terpalit kontrak RC, VEP RM150 juta

Faisal (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat Jentera PH di IPD Pontian hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Faisal (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat Jentera PH di IPD Pontian hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PONTIAN - Penyokong Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis ke atas calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng semalam bagi mendesak isu kontrak melibatkan Kementerian Pengangkutan bernilai RM150 juta.

Ketua Urusetia Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit Haji Ismail, Faisal Yunus berkata, gesaan itu dibuat susulan Jeck Seng didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai pemimpin MCA dan bekas pemegang saham syarikat TCSens Sdn Bhd bagi dianugerahkan kontrak secara rundingan terus pada tahun 2014.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan ketika itu diketuai bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan isu kontrak berkenaan membabitkan pembangunan Mobiliti Udara dan projek sistem kutipan cukai jalan (RC) serta rekod kemasukan kenderaan asing (VEP).

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2017 siri 2 menyatakan kelewatan menyiapkan projek RC dan VEP menjejaskan objektif projek yang secara tidak langsung merugikan hasil kerajaan dan operasi penguatkuasaan gagal dilaksanakan mengikut tempoh asal.

"Antara penemuan audit adalah justifikasi pelantikan kontraktor dibuat secara rundingan terus serta peningkatan drastik dalam perbelanjaan operasi pelaksanaan VEP bernilai RM150 juta termasuk penyelewengan peralatan bernilai RM4.07 juta didakwa tidak dipasang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di luar pekarangan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Sembrong, Harun Ariffin berkata, pihaknya turut bersetuju gesaan Penasihat Undang-undang PH, Lim Lip Eng menggesa Tiong Lai sebagai menteri bertanggungjawab memberi penjelasan penganugerahan kontrak VEP secara terus kepada TCSens Sdn Bhd.

Menurutnya, dakwaan Dr Jeck Seng menerima 25 peratus keuntungan saham melalui projek itu juga adalah satu pertuduhan serius lebih-lebih lagi kini Jeck Seng terpilih sebagai calon mewakili MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

"Pendedahan skandal ini menunjukkan Jeck Seng adalah pemimpin tidak beretika yang menyalahgunakan kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan projek kerajaan secara rundingan terus.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap semua pihak terlibat termasuk Jeck Seng dan laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan dibuat selepas ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!