Tanah runtuh sekat laluan utama ke pusat peranginan di Bentong
BENTONG - Laluan utama ke sebuah pusat peranginan di Bentong di sini dilaporkan terputus akibat tanah runtuh petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA) Zainal Yusof berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurutnya, runtuhan dipercayai berlaku susulan hujan lebat kira-kira jam 5.45 petang tadi.
"Kejadian tanah runtuh itu hanya melibatkan jalan utama ke pusat peranginan berkenaan.
"Jalan utama untuk naik ke Genting Highlands tidak terjejas," katanya.
Maklumat dan gambar kejadian dikongsi netizen termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!