Polis, peguam di India berebut tempat parkir

Polis di New Delhi, India mengadakan protes susulan pertelingkahan dengan peguam yang berpunca daripada perebutan tempat parkir. - Foto AFP
Polis di New Delhi, India mengadakan protes susulan pertelingkahan dengan peguam yang berpunca daripada perebutan tempat parkir. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Ratusan polis di New Delhi, India mengadakan protes susulan pergaduhan dengan sekumpulan peguam yang berpunca daripada perebutan tempat parkir.

Pertelingkahan berhubung siapa yang berhak mendapat tempat parkir di sebuah kawasan di Delhi memuncak pada Sabtu lalu apabila sekumpulan peguam membakar van polis dan beberapa kenderaan lain sementara pihak polis bertindak menggeledah pejabat peguam.

Media tempatan melaporkan, tiga peguam ditembak sementara sekurang-kurangnya 30 yang lain cedera susulan insiden keganasan terbabit.

Rakaman video turut menunjukkan seorang peguam menumbuk dan menampar seorang anggota polis yang cuba menyelamatkan diri ketika kekecohan berlaku.

"Kami mahukan keadilan. Kami juga punya hak asasi, peguam yang bersalah harus segera dihukum," kata salah seorang polis yang menyertai protes semalam.

Difahamkan, para peguam terlibat turut mengadakan protes malah ada yang mengugut untuk mogok.

Komisioner Polis Delhi, Amulya Patnaik menyeru pihak yang bertelingkah kembali melaksanakan tugas sementara pihaknya mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, pengguna laman sosial menyelar pergaduhan antara dua pihak yang seharusnya menegakkan undang-undang. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!