Jika Muafakat Nasional berjaya, 10 negeri dalam genggaman: Tok Mat

Mohamad - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohamad - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PONTIAN - Sekiranya agenda Muafakat Nasional berjaya dilaksanakan, sekurang-kurangnya sepuluh negeri termasuk lima dikuasai Pakatan Harapan (PH) ketika ini mampu dirampas Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, berdasarkan politik semasa, perjanjian Muafakat Nasional ketika ini membolehkan kita merampas Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah

Menurutnya, di samping empat negeri dipertahankan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kedudukan Johor dan Selangor juga mampu diambil alih semula sekiranya tiada lagi persengketaan antara parti-parti dalam komponen BN.

"Dulu (Dewan Undangan Negeri) Rantau tidak patut kalah... tapi sebab gaduh sesama sendiri, sebab disabotaj kawan-kawan sendiri, sebab masalah dalaman, kita kalah. Orang tua cakap sepakat punca selamat, sengketa punca celaka.

"Berdasarkan situasi semasa penggabungan UMNO-Pas dalam Muafakat Nasional, kita sudah boleh ambil Melaka, Negeri Sembilan Perak dan Kedah selain mempertahankan negeri dimenangi masa PRU14.

"Kalau Johor digaul elok, sudah 10 negeri boleh menang, tetapi tidak boleh bergaduh. Jangan ingat sudah Muafakat Nasional, boleh menang besar sebab kita masih perlu Sabah dan Sarawak, " katanya pada ceramah berkelompok BN di Warung Kampung Penerok, Kukup di sini.

Mohamad menyampaikan ceramah pada Ceramah Berkelompok BN di Warung Kampung Penerok malam ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohamad menyampaikan ceramah pada Ceramah Berkelompok BN di Warung Kampung Penerok malam ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Turut hadir calon BN dari MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Artikel Berkaitan:

Mohamad berkata, atas sebab itu dalam Muafakat Nasional, semua pengundi kaum Melayu kena tunjuk sikap keterbukaan kepada masyarakat Sabah dam Sarawak.

"Saya tawar Sabah ada kuasa autonomi penuh sebab perjuangan Sabah adalah untuk mewujudkan kerajaan autonomi Sabah. Kita juga jaga silaturahim dengan Sarawak, boleh ambil Putrajaya.

"Mari sama-sama pandang gambar besar hendak ambil Putrajaya. Orang Cina jangan cemburu dengan penyatuan ummah, strategi untuk satukan Melayu, hanya strategi untuk elak pertandingan tiga penjuru pada PRU15," katanya.

Mohamad bersama Jeck Seng pada Ceramah Berkelompok BN di Warung Kampung Penerok malam ini- Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohamad bersama Jeck Seng pada Ceramah Berkelompok BN di Warung Kampung Penerok malam ini- Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Mohamad turut menyeru pengundi Parlimen Tanjung Piai mengambil semangat gunung dari Cameron Highlands, semangat bandar dari Semenyih memupuk semangat Rantau untuk diakhiri dengan kejayaan di tepi pantai merujuk Parlimen Tanjung Piai.

"Tugas tuan-puan ambil semangat gunung dari Cameron Highlands, bawa semangat bandar dari Semenyih dan dukung semangat Rantau untuk menang pula Parlimen tepi pantai di Tanjung Piai.

"Kita beri mesej kerajaan PH tidak boleh bertahan sepenggal sekalipun kerana bimbang ekonomi negara akan menjadi semakin menguncup," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!