117 komputer perjudian dilupus
KUALA LANGAT - Sebanyak 117 unit komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian bernilai RM200,000 hasil serbuan selama enam tahun di seluruh daerah ini dilupuskan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, daripada jumlah itu, seramai 15 individu berusia lingkungan 18 sehingga 55 tahun ditahan membabitkan penjaga premis dan pemain judi warga tempatan dan asing.
"Pelupusan barang kes sejak 2012 sehingga 2018 membabitkan siasatan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ini dilakukan setelah mendapat perintah mahkamah.
"Kes-kes ini m malah kebanyakan kes ini membabitkan serbuan di tiga lokasi 'hotspot' iaitu Banting, Tanjung Sepat dan Jenjarom," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, kegiatan perjudian komputer itu dikesan beroperasi di premis kedai secara tertutup dan dikawal menggunakan pintu keselamatan atau pintu besi yang dijaga satu individu.
"Mereka membenarkan pelanggan tetap sahaja masuk ke premis itu bagi memastikan kegiatan sindiket sentiasa selamat. Kita ambil tindakan secara drastik bagi memastikan daerah Kuala Langat bebas daripada kegiatan haram ini
"Kita amat menekan apa sahaja bentuk kegiatan perjudian untuk diambil tindakan secara menyeluruh biar pun kegiatan dan modus operandi sindiket ini sudah mula berubah dan bergiat secara dalam talian," katanya.
Sementara itu, Azizan berkata, pihaknya turut membuat tangkapan seramai 120 orang membabitkan kegiatan loteri awam tanpa lesen pada tahun ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!