LTTE: Pendakwaan batal mungkin sebab teknikal
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak terkejut dengan tindakan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran.
Abdul Hamid berkata, perkara itu adalah normal dalam pendakwaan dan ia mungkin berpunca daripada isu teknikal atau aspek tertentu seperti keperluan undang-undang.
“Setakat ini saya belum menerima laporan berhubung alasan daripada pihak Mahkamah Sesyen Seremban yang membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan itu.
“Semua tuduhan yang dibuat ke atas 12 tahanan itu dirangka Jabatan Peguam Negara berdasarkan bukti yang Polis Diraja Malaysia kemukakan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Manual Siasatan dan Buku Arahan Penyiasatan PJSJK, di Maktab PDRM di sini semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: LTTE: Dua pertuduhan terhadap ADUN Seremban Jaya batal
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!