Buaya 60kg sesat dalam longkang

Sebahagian anggota APM Melaka Tengah yang berjaya menangkap buaya tembaga yang tersesat dalam longkang hari ini.
Sebahagian anggota APM Melaka Tengah yang berjaya menangkap buaya tembaga yang tersesat dalam longkang hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seekor buaya tembaga yang ditemui di dalam longkang dipercayai sesat berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Jalan Seri Gadong, Pulau Gadong di sini hari ini.

Buaya sepanjang kira-kira 2 meter dengan berat dianggarkan 60kg berjaya ditangkap kira-kira jam 12 tengah hari selepas APM Melaka Tengah menerima panggilan daripada orang awam.

Penduduk, Ngoi Siew Ha, 20-an, berkata, dia yang sedang membantu ibu bapanya berniaga kedai makan berdekatan pada mulanya menyangka bunyi biawak lalu meninjau ke arah longkang tersebut sebelum terkejut melihat haiwan berkenaan.

Buaya seberat 60 kilogram yang tersesat di longkang Jalan Seri Gadong, Pulau Gadong di sini hari ini.
Buaya seberat 60 kilogram yang tersesat di longkang Jalan Seri Gadong, Pulau Gadong di sini hari ini.

"Memang terkejut sebelum ini tak pernah berlaku kejadian buaya tersesat di sini dan saya yakin haiwan itu datang dari Sungai Pulau Gadong kira-kira 300 meter dari kedai makan ayah.

"Saya segera menghubungi talian kecemasan sebelum anggota APM datang membantu menangkap haiwan itu," katanya.

Effendy menyerahkan buaya itu kepada wakil Jabatan Perhilitan Melaka.
Effendy menyerahkan buaya itu kepada wakil Jabatan Perhilitan Melaka.

Sementara itu Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, sebaik menerima laporan, seramai sembilan anggota bersama dua pegawai pasukan bergegas ke lokasi kejadian berserta peralatan khas.

Artikel Berkaitan:

"Kira-kira jam 1.29 petang buaya sepanjang enam kaki itu berjaya ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Melaka untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!