Pengkritik Duterte sertai kempen anti dadah

Leni Robredo. - Foto: AFP
Leni Robredo. - Foto: AFP
A
A
A

MANILA - Naib Presiden Filipina, Leni Robredo yang juga pengkritik tegar kempen anti dadah Presiden Rodrigo Duterte menerima pelantikan bagi memantau kempen terbabit dan berikrar menghentikan pembunuhan pihak yang tidak bersalah.

Duterte menawarkan pelantikan tersebut kepada Robredo susulan kritikan berterusan wanita itu terhadap kempen yang telah meragut ribuan nyawa.

"Saya mahu memperbetulkan kempen antidadah ini, menghentikan pembunuhan pihak yang tidak bersalah dan mempertanggungjawabkan pegawai yang menyalahgunakan kuasa," kata Robredo dalam satu sidang akhbar.

Robredo akan menjadi pengerusi bersama sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab memantau kempen antidadah Duterte yang sebelum ini diketuai agensi antidadah kebangsaan.

Difahamkan lebih 5,500 pengedar dadah dan pengguna yang melawan ketika ditahan telah dibunuh namun kumpulan pemerhati mendakwa, jumlah sebenar kematian adalah sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi.- AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!