Janin ditemui dalam tandas pasar raya

Janin yang ditemui di tandas pekerja sebuah pasar raya dibawa ke Hospital Port Dickson.
Janin yang ditemui di tandas pekerja sebuah pasar raya dibawa ke Hospital Port Dickson.
A
A
A

PORT DICKSON - Janin dianggarkan berusia lima hingga enam bulan ditemui dalam tandas pekerja di sebuah pasar raya di sini tengah hari tadi di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, janin berkenaan ditemui oleh orang awam lebih kurang jam 12 tengah hari.

"Pemeriksaan ke atas janin yang ditemui dijangka berusia lima hingga enam bulan. Walau bagaimanapun bangsa dan jantina janin tidak dapat dipastikan.

"Pembantu Perubatan dari Hospital Port Dickson juga hadir dan mengesahkan janin dalam keadaan tidak bernafas," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Aidi Sham berkata, janin itu telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan dan siasatan selanjutnya.

"Kita sedang berusaha untuk mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis juga meminta sekiranya ada pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Akmal di talian 017-4220322," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!