Perang bendera di Tanjung Piai

Kibaran bendera parti-parti bertanding pada PRK Tanjung Piai.
Kibaran bendera parti-parti bertanding pada PRK Tanjung Piai.
A
A
A

Kempen Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang memasuki hari kelima semakin hangat menerusi perang bendera daripada parti-parti bertanding.

Kesemua pusat daftar mengundi (PDM) dilihat telah penuh dihias dengan bendera, kain rentang serta poster calon bertanding.

Tidak terkecuali dengan pemasangan bendera di jalan-jalan utama di sekitar Pontian, Pekas Nanas, Kulup dan lain-lain.

Di sebalik insiden billboard milik Parti Gerakan (Gerakan) yang tumbang dipercayai akibat perbuatan sabotaj baru-baru ini, rata-rata billboard, bendera, sereta poster calon-calon bertanding dilihat semakin rancak dipasang oleh pihak petugas parti.

Bagaimanapun ‘perang poster’ ini turut dipantau oleh pihak polis demi memastikan tidak ada sebarang unsur-unsur yang boleh menimbulkan salah faham serta ketegangan sempena kempen PRK kali ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!