Transformasi pembayaran cashless dunia

No Image Caption
A
A
A

SEIRING kemajuan teknologi, transformasi kaedah pembayaran konvensional kepada digital terus berkembang di seluruh dunia.

Bukan sahaja China, enam negara maju yang mempraktikkan pembayaran tanpa tunai tersenarai dalam Forex Bonuses, menjadi tumpuan e-Trend dalam kupasan minggu ini.

KANADA menduduki carta nombor satu dalam senarai Forex Bonuses yang mempraktikkan kaedah pembayaran tanpa tunai.
KANADA menduduki carta nombor satu dalam senarai Forex Bonuses yang mempraktikkan kaedah pembayaran tanpa tunai.

Kanada

Kanada menduduki carta nombor satu dalam senarai lima negara yang mempraktikkan kaedah pembayaran tanpa tunai, sebagaimana yang dilaporkan Forex Bonuses.

Penilaian itu dibuat berdasarkan bilangan kad kredit bagi setiap orang; bilangan kad debit setiap orang; pertumbuhan pembayaran tanpa tunai dalam tempoh lima tahun dan urusniaga pembayaran yang dibuat menggunakan kaedah bukan tunai.

Negara yang juga dikenali sebagai ‘The Great White North’ itu turut menunjukkan kadar penggunaan wang tunai yang menurun secara drastik dan mendorong pasar raya gergasi, Walmart melaksanakan kaedah tanpa tunai.

Artikel Berkaitan:

SWEDEN sedang berkembang menjadi negara tanpa tunai pertama di dunia menjelang 2023 apabila memperkenalkan mata wang digitalnya sendiri pada 2021 nanti.
SWEDEN sedang berkembang menjadi negara tanpa tunai pertama di dunia menjelang 2023 apabila memperkenalkan mata wang digitalnya sendiri pada 2021 nanti.

Sweden

Negara Scandinavia itu sedang berkembang menjadi negara tanpa tunai pertama di dunia menjelang 2023 apabila memperkenalkan mata wang digitalnya sendiri pada 2021 nanti.

Evolusi itu adalah selepas 362 tahun negara Eropah itu mencipta wang tunai sendiri pada 1661. Bahkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, semua akses pembelian dibuat secara elektronik.

Lebih menarik, aplikasi mudah alih Swish yang diperkenalkan negara berkenaan menjadi pilihan ramai kerana menjadikan proses jual beli lebih mudah dan selamat.

UNITED KINGDOM mempraktikkan kaedah ‘contactless’ yang berfungsi seperti touch and go (TNG) untuk urus niaga.
UNITED KINGDOM mempraktikkan kaedah ‘contactless’ yang berfungsi seperti touch and go (TNG) untuk urus niaga.

United Kingdom

Jika melancong ke United Kingdom, jangan terkejut apabila ternampak banyak papan tanda ‘contactless’ yang berfungsi seperti touch and go (TNG) untuk urus niaga.

Ini kerana hampir semua urusan dibuat dalam bentuk tanpa tunai sehinggakan rakyat di sana jarang membawa wang tunai kerana beralih kepada penggunaan kad kredit/debit, online dan contactless.

Seperti di Sweden, wang tunai tidak lagi diterima untuk pengangkutan awam dan kebanyakan mesin ATM ditutup operasinya. Rata-ratanya menggunakan kad walaupun hanya membeli sebungkus makanan ringan.

PERANCIS mengikuti trend masyarakat tanpa tunai sehingga tidak membenarkan transaksi tunai bagi nilai melebihi 3,000 Euro.
PERANCIS mengikuti trend masyarakat tanpa tunai sehingga tidak membenarkan transaksi tunai bagi nilai melebihi 3,000 Euro.

Perancis

Kota romantis yang menjadi tumpuan pelancongan dunia itu mula mengikuti trend masyarakat tanpa tunai sehingga tidak membenarkan transaksi tunai bagi nilai melebihi 3,000 Euro.

Menerusi kaedah pembayaran contactless, aplikasi popular itu memudahkan kedua-dua peruncit dan pengguna mempercepatkan urusan berbanding kaedah konvensional.

Dompet digital (e-wallet) juga dipraktikkan di negara itu untuk pembayaran melalui internet tanpa memasukkan data sensitif dan apabila dompet dibuat, pengguna hanya perlu memasuki ID (misalnya nombor telefon bimbit atau alamat e-mel) untuk menjalankan transaksi.

KAJIAN CIGI-IPSOS 2018 menunjukkan perubahan signifikan dalam pasaran dunia apabila lebih 59 peratus rakyat Amerika Syarikat kini sudah menerima sistem cip dan kad pin (EMV).
KAJIAN CIGI-IPSOS 2018 menunjukkan perubahan signifikan dalam pasaran dunia apabila lebih 59 peratus rakyat Amerika Syarikat kini sudah menerima sistem cip dan kad pin (EMV).

Amerika Syarikat/ Amerika Latin

Kaji selidik CIGI-IPSOS 2018 menunjukkan perubahan signifikan dalam pasaran dunia apabila lebih 59 peratus rakyat Amerika Syarikat kini sudah menerima sistem cip dan kad pin (EMV).

Begitu juga dengan Amerika Latin yang juga berkembang ke arah masyarakat tanpa tunai dan ekonomi digital, antaranya negara seperti Chile, Costa Rica, Uruguay, Mexico dan Columbia.

Terdapat banyak lagi pentadbiran-pentadbiran negeri di seluruh Amerika Syarikat yang sedang meneroka potensi teknologi Blockchain untuk perkhidmatan awam dan mengimplementasinya secara berperingkat.

JEPUN turut didesak untuk mempraktikkan kaedah pembayaran tanpa tunai sepenuhnya menjelang 2025.
JEPUN turut didesak untuk mempraktikkan kaedah pembayaran tanpa tunai sepenuhnya menjelang 2025.

Jepun

Misi transaksi tanpa tunai yang mahu dilaksanakan di negara Matahari Terbit itu cukup jelas apabila kerajaannya didesak untuk mempraktikkan kaedah berkenaan sepenuhnya menjelang 2025.

Desakan campur tangan kerajaan terhadap pelaksanaan itu dibuat berikutan majoriti bank-bank utama bersetuju untuk sistem backend bagi memudahkan pemindahan wang secara mudah alih selain giat membangunkan platform kod QR untuk teknologi Blockchain dan mata wang digital.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!