Lawan sebenar bukan MCA tapi Muafakat Nasional: Kit Siang

Kit Siang bersama penduduk Tanjung Piai pada program Forum Kopitiam di Kampung Penerok malam tadi.
Kit Siang bersama penduduk Tanjung Piai pada program Forum Kopitiam di Kampung Penerok malam tadi.
A
A
A

PONTIAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai disifatkan cukup bersejarah kepada Pakatan Harapan (PH) apabila bertembung dengan calon Muafakat Nasional dan bukannya MCA.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, kehadiran pemimpin UMNO-Pas yang membentuk Muafakat Nasional turun berceramah di Tanjung Piai dapat dilihat dengan jelas malam semalam.

"Sebenarnya yang bertanding atas nama MCA bukanlah calon MCA tetapi calon Muafakat Nasional. Apa yang PH lawan ialah Muafakat Nasional.

"Sebab itu malam ini (semalam) ada satu ceramah di mana pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO hadir dan berucap," katanya ketika berucap pada program Forum Kopitiam di Kampung Penerok malam tadi.

Terdahulu, ceramah perdana Barisan Nasional (BN) yang diadakan di kawasan berdekatan Rimba Terjun menyaksikan lebih daripada 1,000 orang hadir.

Antara yang hadir termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Dalam pada itu, Kit Siang turut membidas Jeck Seng kerana tidak pernah bersuara isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika menjadi ahli Parlimen selama dua penggal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!