China mulakan penyelidikan teknologi 6G

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHANGHAI - China kini secara rasmi memulakan penyelidikan teknologi telekomunikasi generasi keenam (6G), menurut laporan media semalam.

Kemajuan itu juga dilihat sebagai satu langkah untuk menggalakkan inovasi wayarles (tanpa wayar) terbaharu.

Akhbar rasmi Kementerian Sains dan Teknologi Republik Rakyat China, Science and Technology Daily melaporkan, kerajaan dan institusi negara itu telah mengadakan mesyuarat pada minggu ini untuk menubuhkan kumpulan penyelidikan serta pembangunan teknologi 6G.

Sejak beberapa bulan lalu, teknologi berkaitan perkhidmatan mudah alih pantas telah menjadi titik konflik utama antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Langkah Beijing untuk memulakan penyelidikan terhadap teknologi 6G dibuat beberapa hari selepas tiga syarikat komunikasi di negara itu melancarkan perkhidmatan telefon bimbit dengan kemudahan 5G di seluruh negara. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!