Harga petrol sepatutnya turun dua bulan lepas...

Datuk Zahida Zarik Khan
Datuk Zahida Zarik Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diingatkan agar tidak terlalu berbangga dengan pengumuman penurunan harga petrol bermula malam ini.

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, ini kerana tiada apa yang baru di sebalik pengumuman itu.

"Akhirnya harga minyak turun selepas pembangkang dedahkan fakta sebenar, sepatutnya dua bulan lepas dah turun. Harga diapungkan mengikut harga pasaran sama seperti apa yang BN buat dahulu.

"Cuma bezanya kali ini pengusaha lebih tersenyum lebar dan mendapat lebih manfaat berbanding rakyat terpaksa membayar cukai lebih. Menteri Kewangan jangan bangga sangat, tiada apa yang baru pun,” katanya di Facebook hari ini.

Berkuatkuasa mulai tengah malam ini, harga runcit bagi minyak petrol RON95 diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter, manakala hargaruncit diesel diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

Harga RON97 pula diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter bagi tempoh mulai esok sehingga 11 Januari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!