Tokyo lupus kereta api laju akibat Taufan Hagibis

Banjir telah merosakkan banyak komponen penting termasuk motor dan sistem brek.
Banjir telah merosakkan banyak komponen penting termasuk motor dan sistem brek.
A
A
A

TOKYO - Sebanyak 10 kereta api berkelajuan tinggi atau bullet train yang ditenggelami air akibat banjir ketika Taufan Hagibis membadai negara itu bulan lalu akan dibuang.

Menurut laporan media tempatan, sesetengah komponen dalam kereta api itu masih boleh digunakan, namun nilai kerugian yang dialami adalah antara AS$110 juta hingga AS$135 juta (RM455 juta hingga RM558 juta).

Gambar menunjukkan kereta api laju yang juga dikenali sebagai Shinkansen itu dinaiki air sudah cukup menjadi bukti sejauh mana kerosakan yang dialami akibat taufan tersebut.

Menurut Presiden Syarikat Kereta Api Timur Jepun, Yuji Fukasawa, banjir telah merosakkan banyak komponen penting termasuk motor dan sistem brek.

Katanya, syarikatnya memiliki lapan kereta api dan dua lagi milik Syarikat Kereta Api Jepun Barat juga akan dilupuskan.

"Dari segi kestabilan dan keselamatan adalah wajar untuk melupuskan kereta api berkenaan dan membawa masuk yang baharu.

"Kami berharap dapat memulihkan 100 peratus perkhidmatan menjelang akhir tahun perniagaan semasa iaitu pada Mac," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!