Wanita maut tercampak selepas langgar lopak air

Keadaan mayat mangsa di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. Foto:Ihsan Polis IPD Kemaman
Keadaan mayat mangsa di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. Foto:Ihsan Polis IPD Kemaman
A
A
A

KEMAMAN - Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda dinaiki yang hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) berhampiran susur tol Chukai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, mangsa, Khabirah Ahmad, 58, meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah di kepala.

Menurut sumber, difahamkan mangsa bersama empat lagi ahli keluarganya dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Johor Bahru menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Keadaan pacuan empat roda dinaiki mangsa bersama empat ahli keluarga lain di lokasi. Foto:Ihsan Polis IPD Kemaman
Keadaan pacuan empat roda dinaiki mangsa bersama empat ahli keluarga lain di lokasi. Foto:Ihsan Polis IPD Kemaman

"Setibanya di lokasi, difahamkan pacuan empat roda dinaiki terlanggar lopak air sehingga hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di kanan jalan.

"Akibat insiden itu, mangsa yang duduk di bahagian belakang penumpang tercampak keluar sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

"Empat mangsa lain cedera di kepala dan luka di beberapa bahagian badan sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!