Pengantin sediakan kotak 'angpau' untuk bekas kekasih
BALI - Perkahwinan sepasang pengantin di Indonesia menjadi tular di media sosial selepas mereka menyediakan enam kotak 'angpau' untuk tetamu memberi hadiah berbentuk wang kepada raja sehari termasuk satu kotak khusus untuk bekas kekasih.
Apa yang menariknya, setiap kotak yang dihasilkan adalah bergantung kepada status seseorang penyumbang itu.
Selain untuk bekas kekasih, lima lagi kotak angpau lain termasuk untuk keluarga, rakan dan sahabat pengantin, malah tetamu bebas memilih untuk meletakkan angpau pada mana-mana kotak tersebut.
Kisah perkahwinan unik Dendy Suantara dan isterinya yang berlangsung di Bali dikongsi oleh akaun Instagram @denpasar.viral Selasa lalu.
Difahamkan, Dendy dan isterinya telah berkenalan selama lapan tahun sebelum membuat keputusan untuk melangsungkan pernikahan baru-baru ini.
Rata-rata warganet memuji kreativiti pasangan pengantin dan ada juga yang ingin mencuba cara itu di majlis perkahwinan mereka akan datang. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!