#VIRAL Remaja Autisme minat urus pengebumian jenazah

Gambar yang memaparkan adik Aiman sedang menguruskan pengebumian jenazah bersama ahli Pertubuhan Ukhuwah Kebajikan Van Jelata Selangor
Gambar yang memaparkan adik Aiman sedang menguruskan pengebumian jenazah bersama ahli Pertubuhan Ukhuwah Kebajikan Van Jelata Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Kekurangan diri tidak menghalang seorang remaja Autisme berbakti kepada masyarakat dengan mengangkat papan pengusung jenazah.

Cerita remaja tersebut yang dikenali sebagai adik Aiman dikongsi oleh Pertubuhan Ukhuwah Kebajikan Van Jelata Selangor Mr Wan Cai Official di Facebook miliknya.

Mr Wan Cai Official memuat naik beberapa gambar dan tulisan, "Luarannya nampak sihat tetapi di sebalik penampilan luarannya itu siapa sangka adik Aiman seorang anak Autisme".

Gambar yang memaparkan adik Aiman sedang menguruskan pengebumian jenazah bersama ahli Pertubuhan Ukhuwah Kebajikan Van Jelata Selangor.
Gambar yang memaparkan adik Aiman sedang menguruskan pengebumian jenazah bersama ahli Pertubuhan Ukhuwah Kebajikan Van Jelata Selangor.

"Hasrat anak syurga ini sudah pun kami tunaikan. Terima kasih Allah kerana temukan kami dengan adik ini. Melihat semangat yang beliau miliki ketika membantu rakan rakan unit sukarelawan menguruskan jenazah ke-144 tadi.

"Satu ilham dan kekuatan pula timbul kepada kami semua untuk terus berjuang dalam dunia pengurusan jenazah. Insya-ALLAH perjuangan fisabilillah kami tidak akan terhenti..Semoga adik Aiman sentiasa dalam lindungan Allah SWT!"

Menurutnya, adik Aiman yang sudah kehilangan ibunya amat meminati pengurusan jenazah namun tidak mempunyai peluang untuk menyertainya.

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi netizen yang tersentuh melihat kelakuan anak istimewa itu dan mendoakan agar arwah ibunya di tempatkan di kalangan orang beriman.
Antara reaksi netizen yang tersentuh melihat kelakuan anak istimewa itu dan mendoakan agar arwah ibunya di tempatkan di kalangan orang beriman.

Justeru, kumpulan itu mengajak Aiman untuk turut serta mengambil dan menguruskan jenazah dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada hari berkenaan.

Mr Wan Cai Official turut menulis, "Adik Aiman juga dilihat menangis semasa sesi pengurusan jenazah di surau.

"Adik Aiman ini juga menangis masa di surau...mungkin dia teringatkan arwah ibunya."

Perkongsian gambar tersebut kini meraih 1,200 tanda suka yang menyebabkan ramai netizen tersentuh melihat kelakuan anak istimewa itu dan mendoakan arwah ibunya di tempatkan dalam kalangan orang beriman.

Perkongsian kisah adik Aiman oleh Mr Wan Cai Official di laman Facebook miliknya kini tular di media sosial yang meraih 12,000 tanda suka.
Perkongsian kisah adik Aiman oleh Mr Wan Cai Official di laman Facebook miliknya kini tular di media sosial yang meraih 12,000 tanda suka.

"Sedihnya, anak-anak istimewa ini ada anugerah yang ALLAH berikan. Dia rindu pada arwah ibunya. Al-Fatihah, semoga ibu kamu bersama orang-orang beriman. Insya-ALLAH. Kuatkan semangat adik. Apa yang kamu lakukan ini kerja mulia," tulis Daniel di ruangan komen.

Jumizah Shariff pula menulis, "Semangat anak-anak syurga ini lain sebab saya pun ada adik yang OKU pembelajaran. Luaran memang sihat tapi jiwa dan semangatnya lain kalau kerja yang dia suka."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!