Awasi ribut Tropika Pabuk
KUALA LUMPUR – Ribut Tropika Pabuk kini berada kira-kira 55 kilometer (km) ke barat daya Surat Thani, Thailand dan sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 km sejam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata pergerakan ribut tropika itu dijangka menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Selat Melaka Utara.
Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini, MetMalaysia berkata jarak ribut itu dari bandar terdekat di negara ini ialah kira-kira 267 km ke barat laut Padang Besar, Perlis. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!