(VIDEO) Ayah sebak lepaskan anak ketika akad nikah anak perempuannya

Perkongsian Yasmin di Twitter miliknya kini tular di media sosial yang kini meraih 123,800 tontonan dan 8,900 ulang kicau.
Perkongsian Yasmin di Twitter miliknya kini tular di media sosial yang kini meraih 123,800 tontonan dan 8,900 ulang kicau.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian video seorang wanita yang memaparkan bapanya menitiskan air mata ketika menjadi wali menimbulkan perasaan sebak ramai netizen.

Bapa wanita itu juga dilihat menggenggam tangan suaminya ketika akad nikah berlangsung.

Video yang dimuat naik oleh @YasminSofea di Twitternya miliknya turut memuat naik posting memberitahu, "Hanya Tuhan sahaja yang tahu along sangat menyayangi papa.

"Saya akan sentiasa menjadi anak perempuan pertama ayah. Halalkan segalanya untuk along papa. Saya sayangkan ayah dan awak adalah papa saya yang paling terbaik yang along ada. Along sayang papa sangat."

Tangkapan layar video memaparkan ayah Yasmin sebak masa menjadi wali menggenggam tangan suaminya ketika akad nikah dijalankan.
Tangkapan layar video memaparkan ayah Yasmin sebak masa menjadi wali menggenggam tangan suaminya ketika akad nikah dijalankan.

Sementara itu, menerusi posting lain yang dibuat Yasmin, dia menjelaskan bahawa bapanya bukanlah seorang yang mudah mengungkapkan rasa sayang namun dia begitu sebak apabila bapanya tidak dapat mengawal tangisan ketika berjabat tangan dengan suaminya sehingga beberapa kali kata-katanya terhenti.

Artikel Berkaitan:

"Jika sesiapa kenali papa saya, anda akan tahu papa saya takkan menangis walaupun apapun terjadi. Dia seorang yang kuat, tegas.

"Dia takkan bagi tahu yang dia sayangkan kita tetapi tindakan lebih kuat. Terima kasih atas segalanya yang papa dah lakukan untuk anak papa selama ini," tulisnya di Twitter.

Video berdurasi 59 saat itu tular di media sosial yang kini meraih 123,800 tontonan, 8,900 ulang kicau.

Netizen turut terharu melihat gelagat bapa wanita itu seolah-olah memahami kasih sayang yang ditunjukkan.

Antara reaksi netizen turut terkesan dengan video tersebut dan menzahirkan rasa terharu apabila melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa Yasmin walaupun tidak mengungkapkannya secara terus.
Antara reaksi netizen turut terkesan dengan video tersebut dan menzahirkan rasa terharu apabila melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa Yasmin walaupun tidak mengungkapkannya secara terus.

"Dari video ni menunjukkan seorang bapa sangat menyayangi anak perempuannya saat tanggungjawabnya selama ini perlu diserahkan pada suami anda untuk dibimbing dengan penuh harapan. Setiap bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya sebagai mana yang dilakukan dengan tangannya sendiri," luah @myrule98_

@yjkwisha pula menulis, "Saya berharap suami anda menyedari betapa ayah awak begitu menyayangi awak dan merupakan harta di dalam dirinya. Saya berharap dia akan menyambung tanggungjawab yang ayah awak lakukan dan menyayangi anda sehingga jannah."

only God knows how much along love you papa. i will always be ur first little baby daughter. halalkan segalanya untuk along pa. i love u & ur the best papa i could ever have. along sayang papa sangat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!