Jangan nilai seseorang daripada luaran

USAH menilai penampilan seseorang daripada luarannya kerana sebagai makhluk ALLAH SWT, kita tidak selayaknya menghukum seseorang.
USAH menilai penampilan seseorang daripada luarannya kerana sebagai makhluk ALLAH SWT, kita tidak selayaknya menghukum seseorang.
A
A
A

SUDAH menjadi fitrah manusia suka melihat seseorang dari segi luaran atau penampilannya.

Masakan tidak, cara itu lebih mudah untuk menilai seseorang kerana ia boleh dilihat secara fizikal.

Hakikatnya, hanya mereka yang rapat dengan individu tersebut tahu bagaimana sifat dan hati budi seseorang itu.

Ya, kadangkala kita bertemu seorang wanita yang tidak bertudung, tetapi begitu menjaga solatnya dengan baik.

Meskipun begitu, masyarakat masih memandang serong wanita berkenaan gara-gara dia tidak berhijab seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam diri individu berkenaan.

Ada pula kaum Hawa yang bertudung, tetapi tidak menunaikan Rukun Islam ke-2 iaitu solat fardhu lima waktu.

Tindakan mereka juga dikecam dan dipandang negatif oleh orang di sekeliling.

Sedangkan, kita sebagai hamba ALLAH SWT sepatutnya tidak mengecam sesama makhluk.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanakah penilaiannya dalam agama Islam?

Jom kita ikuti perkongsian ilmu oleh pendakwah bebas dan penulis, Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed dalam segmen Kalam pada hari ini.

(ARTIKEL BERKAITAN: Usah cepat menghukum, berprasangka pada orang lain)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!