Polis kesan waris individu rentung
SEREMBAN- Polis sedang mengesan waris dua individu yang ditemui rentung dalam kemalangan di KM262.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti dua individu terbabit.
“Susulan itu, polis sedang berusaha mengesan waris untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang, sebuah kenderaan musnah 100 peratus selepas terbabas ke dalam longkang sebelum terbakar.
Pemandu dan seorang penumpang ditemui rentung dan mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Seremban untuk bedah siasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!