'Tiada kesan lebam ditemui ketika dia pulang bercuti'

Asmaliza (kanan) dan Nurul Amin sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hoshas Temerloh hari ini.
Asmaliza (kanan) dan Nurul Amin sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hoshas Temerloh hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Ibu tiri kepada pelajar tahfiz di Lanchang yang meninggal dunia semalam mendakwa tiada kesam lebam ditemui pada mangsa sepanjang pulang bercuti di rumahnya di Charuk Puting pada 31 Oktober hingga 3 November lalu.

Asmaliza Ahmad, 39, memberitahu, dia hanya mengetahui terdapat kudis di badan Mohammad Aimin Nurul Amin,7, yang dijaga sejak dia berkahwin dengan bapa mangsa, Nurul Amin Abdul Rahman,36, 18 bulan lalu.

Asmaliza
Asmaliza

"Sepanjang pengetahuan saya, arwah hanya ada kesan kudis di badannya dan tidak tahu jika ada kesan lebam," dakwanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh hari ini.

Ujarnya, mangsa sebelum ini pernah belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Charuk Puting di sini sebelum dihantar ke pusat tahfiz itu pada pertengahan Oktober lalu.

"Arwah dihantar ke pusat tahfiz terbabit kerana prestasi akademiknya kurang sedikit selain minatnya dalam bidang agama," katanya yang hanya seorang suri rumah tangga manakala suaminya hanya menoreh getah.

Mengakui arwah seorang kanak-kanak yang ceria dan cergas, Asmaliza berkata, jenazah anak tirinya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Puting di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tahfiz mati dipercayai dipukul

'Tengkuk, kaki dia sejuk'

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!