Vietnam bawa pulang 39 mayat dalam kontena

Pegawai forensik Britain memeriksa lori mengandungi 39 mayat yang ditemui di London 23 Oktober lalu. - Foto AFP
Pegawai forensik Britain memeriksa lori mengandungi 39 mayat yang ditemui di London 23 Oktober lalu. - Foto AFP
A
A
A

HANOI - Kerajaan Vietnam sedang berusaha membawa pulang kesemua 39 mayat dikenal pasti sebagai warga negara itu yang ditemukan dalam sebuah lori kontena di kawasan perindustrian Essex berhampiran London pada 23 Oktober lalu.

Duta Vietnam di London berkata, delegasi kerajaan yang berada di Britain sedang menguruskan hal tersebut dengan pegawai terlibat supaya proses bawa balik dapat dilakukan secepat mungkin.

Sementara itu, Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc menerusi surat kepada keluarga mangsa menyifatkan tragedi terbabit sebagai kesakitan tidak berkesudahan kepada semua rakyat Vietnam di seluruh dunia.

Xuan Phuc turut berikrar untuk membawa kesemua mangsa pulang ke tanah air dengan segera.

Kelmarin, polis Britain mengesahkan kesemua mayat 31 lelaki dan lapan wanita yang ditemui sebagai warganegara Vietnam. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: 39 mayat dalam kontena dipercayai warga Vietnam

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!